

Disclaimer: This special post is dedicated to Atan the hamster and I will be writing them in Malay. Why? Because it is special.
Hari ini hari terakhir Atan tinggal bersama saya dan Mashitah di bilik kami. Eksperimen kami bersama Atan sudah pun berakhir. Dan kami perlu mengembalikan Atan kepada tuan nya, Fikri. Susah untuk saya ceritakan perasaan saya ketika ini. Tapi yang pasti saya pasti akan merindui Atan.
Dari hari pertama Atan tinggal bersama kami sehingga saat ini, sangat banyak perubahan dan perkembangan Atan. Atan nampak macam lebih sihat berbanding mula-mula dia tinggal dengan kami. Saya banyak menghabiskan masa bersama Atan. Saya bagi Atan makan oat saya, saya tolong kupaskan kulit kuaci untuk Atan, ajar Atan memanjat guna chopstick saya, dan saya cuci cage Atan sampai bersih mewangi. Oh ya, Atan sekarang sudah pandai memanjat macam monyet. Comel gila!
Atan telah mengubah sedikit sebanyak persepsi saya terhadap haiwan. Ye lah, saya dibesarkan dalam keluarga yang menghidap asthma dan eczema. Jadi, binatang bukan sahabat kami hehe. Sejak ada Atan, walaupun saya tak pernah menyentuh Atan, tapi saya suka cucuk-cucuk Atan dengan chopstick, comel gila!
Lepas ni, dah tiada rutin saya hari-hari depan cage Atan. Sobs. Pasti Atan rindu maze besar gedabak yang kami buat untuk dia kan.
Saya harap Fikri akan menjaga Atan dengan lebih baik selepas ini.
Merindui Atan,
Maryam.
P.s: My another retarded post. Pictures are not supposed to be at the top, but I still cannot find any button to change them. Right click to cut and later paste them doesn't work. Sweat =.="
No comments:
Post a Comment